Perkembangan teknologi telekomunikasi telefoni mudah alih wireless meluncur begitu cepat sehingga hampir tidak terkejar oleh kebanyakan pengguna biasa, yang lazimnya hanya mahukan suatu peranti untuk berhubung dengan orang lain dengan cepat.Telefon bimbit yang begitu versatil dan pelbagai fungsi itu kini semakin mengecil dan dipenuhi dengan begitu banyak fungsi-fungsi baru, seperti menjadi PDA mudah, menjaga kalendar anda dan banyak lagi fungsi lain yang pastinya meruntun tali hati pengguna sehingga sanggup mengeluarkan jumlah wang yang agak besar untuk memiliki telefon bimbit yang menambat mata mereka.
Di sebalik kecanggihan dan kefungsian...